Salah satu 'Kegilaanku' pada zaman 90an ialah menonton movie diwaktu cuti sekolah especially masa cuti panjang akhir tahun. Dah penat berhempas pulas ngadap buku sepanjang tahun kena lah rehat2kan minda jugakkkk. Sooo wktu cuti hujung tahun lah masa utk jalan2 makan angin atau just lepak2 depan tv. Aku prefer lepak2 depan TV... TV2 & TV3 plak ada slot khas School Holiday Special... So everyday aku akan make sure bangun awal2 pagi, mandi siap2 semua n terus terpacak depan TV. Layankan je TV apa2 citer pun tak kisah. Waktu tu mana lah ada byk channel tv kann tak mcm sekarang... huhu... tp dah cukup memenuhi kehendak budak2 nak membesar dgn mental yg sihat lagi kreatif. At least budak2 zaman tu menonton cerita yang sama dan bercakap mengenai benda yg sama. Maksudnya sehati sejiwa dalam segala hal.
Bertemankan PJ (Talking & Portable PC) yg dipakai ala2 jam tangan dan transducer adalah aset penting Alana sepanjang pengembaraan dia di masa lampau. Kisahnya Alana telah dikidnap oleh seorang penjahat dari thn 2500 lalu dibawa ke tahun 1990. Di situlah bermula pengembaraan Alana di dunia serba asing baginya. Misi Alana adalah untuk kembali ke tahun 3000 dengan mendapatkan semula time capsule dari tangan penjahat. Time Capsule tu juga menyimpan data2 penting zaman lampau yang apabila berada di tangan yg salah boleh menimbulkan huru-hara yg dasyat seperti mengubah sejarah dan mengakibatkan masa depan juga bakal terjejas. Macam2 halangan dihadapi oleh Alana bila dia cuba nak dptkan bantuan dari orang di zaman tu yg menganggap dia gila. Sudahnya aku yang jadi gila... ;-) Huh!!
PJ peneman setia Alana yang jujur lg baik hati (canggih pc ada emosi n karektor ;-P). Berguna dalam nak hack electronic device.
Disebabkan drama ni lah aku mula berangan2 jadi spt Alana. Seluruh penampilan aku tetiba bertukar ;-P. Pakaian dan rambutku ala2 Alana (kat rumah je taw) Kat pipi ada 3 dot besar aku lukis mnggunakan celak, cekak rambut aku bege jadikan transducer (alat kawalan minda) dengan gunakan dawai dan batu cincin... hahaha berhasil rupa dia hampir serupa... wakakakaka... bengong betul!! tak cukup setakat tu... ntah bape kali aku berusaha nak levitatekan barang dgn gunakan fake transducer tu smbil fokus minda sekuat2nya... Usaha tu x pernah berhasil pun tp putus asa ohhhh tidak sama sekali... Punya dasat keimananku...Aduhai... Makpak and adik badik aku pasrah dah dgn perangai aku yg satu ni.Kemuncak segalanya bila aku mula brcakap sensorang.... erkkkk?!!! Apakahh????? Hahahaha... aku brckp dalam bahse English Ostolia taw ... curlasss kan aii.... Sbnarnya aku menuturkan dialog2 dari drama tu je... kuikuikui mana taknya tiap2 hari asik dok ulang tayang cter tu mau tak hapal dialognya???...Aku rakam setiap episod. Byk tape trpaksa dikorbankan demi kegilaanku. At one point aku percaya yg aku ni memang Alana... dan perkara ni berlanjutan sehingga bertahun2. Rahsia ni hanya keluargaku je yg tau... Itu belum cter lg gila2 yg lain...
Manalah tak berpanjang gila aku... Tahun 1991 cuti sekolah the next year dia ada pulak main sambungan The Girl From Tomorrow episode 2... Gila baru nak reda dia pegi suntik pulak dos baru yg lg kuat... Disebabkan tu tiap2 tahun aku mengharapkan sambungan cter ni tp ianya tak pernah kunjung tiba sampailah time nak ngadap SPM baru aku lupakan hal ni. Lepas SPM bizi dengan sambung belajar kat U... then bekerja ... berkawen.. beranak and so on... Tp cter ni masih lekat di hati. Anak2 pun dah layan nonton cter ni sesama dgn aku...
Meh layan cter ni dah ada pun yg upload kat youtube.
Full Episode for Season 1 and Season 2
ENJOY!!!




No comments:
Post a Comment